Islam memberi panduan hidup yang sempurna kepada manusia dalam masalah makanan dan minuman. Pada asalnya, semua jenis makanan dan minuman adalah halal melainkan yang diharamkan. Sebab-sebab haramnya makanan dan minuman seperti berikut:
1. Diharamkan oleh nas.
2. Mendatangkan mudarat.
3. Jijik.
4. Dibenci, iaitu disuruh bunuh oleh Rasulullah s.a.w.
5. Dilarang bunuh oleh Rasulullah s.a.w.