Saturday, 3 November 2018

Makanan Yang Diharamkan Oleh Nas

1. Bangkai, darah, babi dan haiwan yang disembelih bukan dengan nama Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Maaidah, ayat 3:

 
Maksudnya: 
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih, (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala". 
Bangkai hidupan air dan belalang halal dimakan. 

2. Haiwan yang hidup pada dua alam.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

3. Haiwan bertaring yang menangkap mangsanya dengan taring. Sabda Rasulullah s.a.w.:

  
Maksudnya: 
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. Beliau bersabda: Memakan setiap binatang buas yang bertaring hukumnya haram. (Riwayat Muslim).

4. Burung berkuku yang mengoyak mangsa dengan kukunya. Sabda Rasulullah s.a.w.: 
Maksudnya:
Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Rasulullah s.a.w. melarang dari makan setiap binatang ternak yang bertaring dan setiap burung yang berkuku. (Riwayat Muslim).